BIL.
|
NAMA
|
NO.
PENDAFTARAN
|
1. |
SOLEHAH BINTI JOHARI |
02DEE16F2006 |
2 |
NUR SYAFIQA BINTI IBRAHIM |
02DEE16F2010 |
3. |
NUR HIDAYAH BINTI ZARAPI |
02DEE16F2014 |
4. |
NURUL NAJIHAH BINTI ROSLI |
02DEE16F2030 |
5. |
SITI AMINAH BINTI AMRAN |
02DEE16F2036 |
Fitnah dari segi bahasa dan istilah :
➤ Fitnah dalam bahasa arab bermaksud ujian dan cabaran.
➤ Fitnah dari segi istilah adalah “perkara yang dilakukan untuk mengetahui kebaikan
atau keburukan sesuatu”.
Fitnah merupakan satu bentuk komunikasi kepada satu pihak atau lebih yang bertujuan untuk memberikan stigma negatif atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain, ia berdasarkan atas fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat penghormatan, buruk sangka, obses, atau menjatuhkan dan/atau menaikkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak. Kata "fitnah" diserap dari bahasa Arab, dan pengertian aslinya adalah "cubaan" atau "ujian".
" Tuduhan (khabar, kisah dan lain-lain) yang diada-adakan (dibuat-buat) untuk memburukkan atau membencanakan seseorang. "
ZAMAN ini merupakan era ujian dan fitnah yang menggugat keimanan serta ketenteraman hidup. Manusia keliru dalam membuat pendirian dan sukar untuk berpegang teguh atas prinsip yang benar disebabkan cabaran, ujian serta tekanan yang wujud.
Rasulullah SAW banyak merakamkan hadis berkenaan fitnah dihadapi umat Islam dengan menjelaskan sebab berlaku fitnah, mereka yang melakukannya dan kesan yang timbul dalam masyarakat.
Al-Quran turut merakamkan perkataan fitnah pada 34 tempat, tidak termasuk kata terbitan daripada perkara fitnah yang turut terdapat dalam al-Quran, sekali gus menunjukkan isu fitnah perlu difahami dengan mendalam.
Al-Quran dalam surah al-Hujarat ayat 12 :
"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain.
JENIS JENIS FITNAH PADA ERA INI
1- Fitnah melalui kepimpinan negara
2- Fitnah dalam belajar kerana mahu dapat jawatan
Sesetengah golongan berilmu agama belajar tinggi-tinggi dan menanamhasrat untuk mendapatkan jawatan yang tinggi. Tetapi pada masa yang samaapabila mereka menyandang jawatan tersebut. Kadang-kadang mereka gagaluntuk menjalankan tugas mereka. Tidak cukup dengan itu, idea untukmenyatakan perkara-perkara makruf agar jadi program utama juga tidak dilaksanakan kerana ditakuti melawan pihak atasan. Akhirnya, masyarakatpun menjadi keliru dengan golongan ilmu agama 3- Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian Ada di kalangan golongan remaja Islam yang bertatu, menampakkan pusat (perempuan), bergelang tangan, berantai dan bertindik (yang lelaki), mencukur bulu kening, memakai rambut palsu, yang perempuan menyerupai lelaki atau yang lelaki menyerupai perempuan. Cara bercakap seperti orang bukan Islam, berlepak, merempit tanpa hala tuju hidup, mendurhaka dan melukai perasaan kepada ibu bapa, menyakiti jiran dan banyak, tidakkah semua tindakan itu fitnah terhadap Islam, kerana Islam tidak pernah mengajar penganutnya berbuat demikian.
4- Fitnah melalui ungkapan
5- Fitnah melalui penglibatan dalam sukan, hiburan
Begitu juga pendedahan aurat di kalangan penghibur seperti penyanyi, pelakon, pelawak wanita juga tidak kurang yang memakai pakaian yang tidak sesuai dengan jenama mereka sebagai orang Islam. Semua itu dianggap memfitnah Islam kerana menggambarkan seolah-olah Islam membenarkan tindakan itu.
KESAN FITNAH
PENGAJARAN DAN LANGKAH ATASI FITNAH
i. Kita hendaklah memeriksa dan kita mempelajari lagi jangan-jangan yang dituduhkan orang lain itu benar. Jika ternyata kita salah, jangan malu dan takut untuk mengaku kesalahan dan mengikuti kebenaran. Walaupun, cara orang yang menasihati kita kasar.
ii. Seterusnya, memperbaiki kata-kata atau tindakan kita yang menjadi penyebab orang memfitnah kita. Misalnya, bendahara masjid dituduh mencuri duit disebabkan tidak menghantar laporan kewangan. Maka, laporan hendaklah dibuat dengan tepat dan jelas.
iii. Kita hendaklah merenung kesalahan dan dosa-dosa kita. Baik yang berhubungan dengan muamalah antara manusia, dosa-dosa antara kita dengan Allah. Tuduhan dan fitnah boleh dijadikan teguran agar kita kembali dan bertaubat kepada Allah.
iv. Jika kita sabar dan ikhlas, semoga tuduhan dan fitnah ini dapat mengurangkan dan menghapuskan dosa, menambah pahala, dan meningkatkan darjat kita di sisi-Nya.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, fitnah merupakan penyakit hati yang sangat berbahaya. Kerana kesan yang ditimbulkan sentiasa negatif dan tidak akan pernah positif. Luka yang digoreskan atau ditusukkan oleh fitnah lebih tajam daripada pedang. Kehancuran akibat fitnah lebih dahsyat daripada serangan bom senjata peluru berpandu. Fitnah boleh merosakkan hubungan silaturahim, memporak-perandakan sesebuah keluarga dan masyarakat, dan ia juga boleh menghancurkan sesebuah agama dan kaum.
Jadi, fitnah adalah bentuk kezaliman yang ditegaskan atas tiga perkara iaitu berpaksikan pada kedustaan, kedengkian sebagai alasannya dan kemunafikan sebagai atapnya. Orang yang suka menfitnah ini berjalan dengan baju kesombongan mengikut kehendak hawa nafsu dan pujukan syaitan. Otaknya dikotori dengan prasangka buruk. Hatinya juga beku, sukar untuk menerima kebenaran dan merasakan dirinya sentiasa betul sehingga cemburu apabila orang lain mendapat kejayaan. Kebahagiannya di atas penderitaan orang lain. Kehidupannya terlena dengan tipu daya syaitan. Akidahnya dijual hanya untuk memperolehi kesenangan dunia semata-mata. Ingatlah, Rasulullah SAW bersabda,
|

